Sabtu, 29 Januari 2011

majlis tautan hati 2011

sat.2912011

In the name of Allah.

Alhamdulillah, masih ada lagi ruang-ruang udara yang dapat dipinjam. masih lagi bernyawa untuk mensyukuri nikmat yang ternilai.


kadang dalam hidup ni kita kena belajar untuk meraikan, belajar untuk menghargai. dan kadang-kadang mungkin dengan majlis meraikan yang kecil cukup untuk menyentuh hati-hati manusia.

hari ni ada sikit majlis kecil-kecilan untuk du'at banat kat sekolah. tak lah segah manapun taklah sehebat mana pun tapi saya rasa terharu dengan kedatangan dan keluangan masa mereka. terima kasih banyak-banyak.

tengah hari tu, kami ramai-ramai makan tengah hari, lauknya taklah setaraf hotel 5,6 bintang tapi cukuplah mengenyangkan kami.


tiba-tiba ada yang "memanggil" kami, jadi sebelum mulakan slot yang seterusnya kami "sahut" panggilan Allah untuk solat zohor dulu.


acara kemuncak dia bila kami ramai-ramai berkumpul kat dewan sekolah,ramai-ramai nasyid lagu doa rabitah. dan bermulalah acara kemuncaknya. ^-^

untuk kamu :
hidup ini sememangnya perit dan kadangkala memerlukan pengorbanan yang pelbagai, tapi harus diingati hakikat manusia ini tidak diciptakan untuk bersendirian tapi untuk saling melengkapi.

terus kuat kerna dirimu tidak pernah bersendirian.

credit : ustazah zunainah & ustazah muhaini
nadhirah. dalila, atiqah, wani, hidayah, fadhilah, wana, fitriyyah, nabila, syifa', awatif
abrar, safiyah, radhiah, afiqah, raihana, nadhirah, syahirah, maisarah
afeqa, zulfa, syaima', aqilah, munirah, taqiah

terima kasih atas segalanya.  
  

1 pesanan: