Beza

In the name of Allah the most Gracious;D
wed.30102013

                                                           

Waktu kecik-kecik selalu je rasa,

"Ala, nak jadi macam ni jugak."
"Bestnya kalau boleh jadi macam orang tu"

Selalu mengharap untuk jadi macam itu, ini macam. Best katanya.

Jadinya kadang terimaginasi sendiri, membayang melepak bersama kawan. Sorang keluar story, semua pakat sambut, main pass pass sebabnya semua dah tau ceritanya. Katanya sepakat sebab semua orang punya cerita hidup yang sama.

Tapi bila besar baru sedar, eh kalau semua orang tu sama jadi apa yang bestnya hidup?
Betul, simpang setiap orang berbeza, walau sign boardnya sama, tafsiran pasti berbeza.

Kamu punya cerita sendiri.
Saya, punya sejarah tersendiri.

Jadinya harus simpan dan hargai cerita hidup sendiri.
Sebabnya, yang lain tidak akan mengerti lakaran hidup kita.

Kecil

In the name of Allah the most Gracious;D
tue.22102013



Waktu kecik-kecik dulu bila cerita gagak dan air dan batu kecil menjadi fenomena, mulalah otak bergerak. Terasa hendak mencuba lihat, sama ada itu hanya rekaan atau realiti.

Hasilnya? Cukup memuaskan.

Bila besar, baru sedar itu cerita realiti yang tersirat.
Batu kecil itu ibarat usaha yang tidak henti, sedikit dan membesar kemudiannya.
Air yang mencurah keluar, umpama hasil yang menapak bila kita berusaha.

Ya, mahu menjadi seperti batu kecil itu. Mungkin tak terlihat tapi yang kecil boleh menjadi besar bila dihitung.

Batu kecil, halus dan sukar terlihat dan tersembunyi. Mungkin itu yang dilihatNya.

Saiz

In the name of Allah the most Gracious;D
mon.21102013

                                                                 

Bila waktu kecik-kecik dulu, selalu dengar orang kata:

" Kalau nak sedekah tu tak kira berapa banyak, asal ikhlas"

Jadinya mula beriang ria dengan statement tu. Mengharap 10 sen yang diberi umpama memberi 10 ringgit.

Tapi bila semakin membesar, terasa dianak -tirikan oleh statement yang tertacap utuh di ingatan. Kini 1 ringgit yang dihulur umpama 10 sen yang diberi.

Hanya mampu tersenyum.

Mungkinkah, ikhlas itu terlihat dari nilai yang diberi atau dinilai dari kemampuan sang pemberi..