Racun

sat.1362014

In the name of Allah,
The most Gracious.


Bisa,
Perkataan yang sukar untuk tergambar.
Cukup merasa,
Untuk jatuh, tersungkur.

Bukan aku cuma cukup merasa semua,
Kamu-kamu juga.

Pernah berada di atas pentas itu.
Cuma pemainnya berbeza,,
Atau mungkin sama.

Setiap yang terbit itu, tergantung pada penuturnya.
Sama ada untuk jadi jernih atau keruh.

Aku tidak tahu semua itu,
Cuma satu, satu yang aku pasti.
Panahannya mungkin mampu meroboh binaan jiwa.

Jadi,
Harus aku bertahan untuk mengutuhkan binaan itu,
Agar biarpun berkecai mampu untuk dibina.

Kerana aku manusia biasa-biasa.
Silap, salah.
Tak mungkin mampu aku lari.

Mungkin maaf,
Mampu jadi terapi terhebat.

Aku cuba.
Dan akan terus mencuba.