Titisan itu

in the name Of Allah The Most Gracious;D
mon.5112012



Bila dah bergolek-golek dalam bas. Kami-kami ini semuanya kelaparan. Menung sini sana mencari-cari kalau-kalau ada kedai yang boleh ditakluki.

Malangnya pakcik bas buat donno dan mengfokus pada jalan yang satu. Tak berpaling melihat kami-kami yang berkeriut.

Tepat sang matahari memacak kami-kami selamat tiba ke tapak hidup tanpa bantal-dan-elektrik. Perkhemahan yang terakhir untuk kami-kami.

Hidup yang penuh keserabutan sebab lapar diselesaikan dengan makanan terhidang memanjang depan kami.

Campak beg. Menggodek-godek beg. Capai pinggan-cawan. Lari. Cedok makanan dan bersuka ria dengan perut.

Tepat 5 hari pak cik itu memasak untuk kami-kami. Hari terakhir. Dia memegang gagah sang mikrofon.

" Pak Abu tersentuh dengan sikap kamu."

Semua mendiam. Tersengih.

" Tersentuh sebab kamu-kamu ucapkan terima kasih sebab masakkan untuk kamu."

Laju matanya memproses titisan itu. Menghujan di mukanya. Semua mendiam. Tersentuh mendengar. Ada yang turut mengjoinkan dirinya. Mengalirkan sungai di wajah. Menyembam ke bahu kawan.

Saya antara yang terkesan. Melihat dan mendengar kata itu. Tak menyangka sebaris ayat terima kasih itu cukup membuat dia rasa dihargai.

Pak Abu, terima kasih untuk masakan itu. Semuanya mantop dan terhebat;D

  

Sang Hikayat

in the name Of Allah The Most Gracious;D
sat.3112012




Bila bersantap-santapan di pagi hari, berkumpul sekeluarga menjadi kemestian. Makanya, mulalah sesi bercerita itu ini. Incik Abah turut serta menambah koleksi cerita.

" masa kecik-kecik dulu, abah kalau nak main pun ambik tin milo je"

Semua mendiam, mengfokus mendengar.

" tin milo tu abah tebuk letak kayu kiri kanan. lepas tu main kat lumpur"

Saya mendiam. Tersengih mendengar. Membandingkan hidup Incik Abah dengan kami-kami. Jauh jurangnya. Kami punya mainan berguni, tak perlu susah payah bergolek-golek mencari setin milo dan menebuk sini sana.

 Zaman kami-kami. Hanya tunjuk dan letak di kaunter. Taruh duit. Capai plastik dan balik. Dalam kereta menyegih lebar sebab dapat mainan. Sampai rumah campak selipar, robek plastik dan main.

Semudah itu. Saya bersyukur. Terima kasih Incik Abah untuk hikayat itu dan terima kasih melaburkan duit untuk kami-kami membeli mainan;D



 

Habuk-habuk itu

in the name Of Allah The Most Gracious;D
fri.2112012




Bila asap yang satu itu menyerbu berlari memasuki hidung, saya mula mencari-cari oksigen dunia. Lelah menghirup asap yang tidak bertamadun. Pembuatnya harus dicari. Mata mula meliar di celah-celah kesesakan.

Bingo! Dia di situ. Diam dan membatu tidak terkesan dengan kesempitan yang menghimpit.
Saya hanya mampu melihat dia dari kejauhan.

Dia. Rakan sekelas yang seperti lampu kelip-kelip sekejap ada sekejap hilang. Ada takpa, takda pun takda siapa yang kisah dan penghasil asap yang cukup berjaya. Menyendiri menjadi hobi.

Tapi saya percaya dia manusia yang baik. Pernah suatu masa dia menemankan sahabat saya ke klinik yang jauh beribu batu. Menunggu dan memacak sehinggalah sahabat saya yang seorang itu selesai. Waktu itu, kami-kami tidak ada jadi dialah menolong.

Saya terkesan. Saya berharap saya dapat melihat semua manusia dengan kebaikan yang mereka buat biarpun kebaikan itu sekecil habuk-habuk biskut yang bertaburan di lantai;D

 

Solusi

in the name Of Allah The Most Gracious;D
1112012




Sedang duduk-duduk ditemani angin yang mengipas perlahan kami-kami didatangi seorang perempuan yang mahu menjoinkan dirinya bersama kami. Saya angkat kaki berlalu untuk menguruskan sesuatu yang giga penting.

Petang itu,

"tadi dia tanya, kalau ambik TESL belajar apa je?'

Saya diam, membisu mungkIn lebih baik.

" orang tu kata lagi, mesti senang je kan belajar TESL"

Saya diam dan diam lagi. Rasa dah tak termampu nak jawab soalan yang satu tu.
Malas membebankan otak untuk menyerap dan memproses jawapan untuk soalan yang tak penting.

Ahad itu, bila Yang Berhormat Incik Abah datang menjemput, soalan itu saya tanyakan.
Jawapan Incik Abah sangat mudah,

" siapa suruh dia ambik course yang susah"

Ringkas. Mudah. Tepat.

Terima kasih Incik Abah. Soalan dah pun bertemu jawapan ;D

Sang LEGO

in the name Of Allah the Most Gracious ;D
wed.31102012



Bila LEGO menjadi fenomena, virusnya menular menjangkiti si adik, si adik mulalah itu ini dibuat untuk membolehkan dia mengenggam sang LEGO. Si abang, simpan sendiri LEGOnya. Tak mau berkongsi kasih sang LEGO. Jadinya si adik merajuk sambil tekup muka.

Saya hanya tumpang perhati melihat puan mama menjadi pendamai.Penamatnya? Kurang pasti sebab saya kurang minat menonton drama swasta yang tak berpengarah.

Petang itu, LEGO sekotak diangkut balik.
Terus dirembat kotak itu dan dibongkar isinya. Bertaburan LEGO-LEGO di lantai.
Penuh tekun menyiapkan cantuman sang LEGO. Satu. Satu.

Azan Asar.

Si adik berdesup lari, menghilang di balik bilik. Solat tanpa perlu puan mama mengeluarkan arahan selanjutnya. Sebabnya mudah, dia dapat sang LEGO yang menjadi idaman.

Equation mudahnya:

Manusia + Ganjaran = Mudah untuk buat perkara disuruh ;D