Beza

In the name of Allah the most Gracious;D
wed.30102013

                                                           

Waktu kecik-kecik selalu je rasa,

"Ala, nak jadi macam ni jugak."
"Bestnya kalau boleh jadi macam orang tu"

Selalu mengharap untuk jadi macam itu, ini macam. Best katanya.

Jadinya kadang terimaginasi sendiri, membayang melepak bersama kawan. Sorang keluar story, semua pakat sambut, main pass pass sebabnya semua dah tau ceritanya. Katanya sepakat sebab semua orang punya cerita hidup yang sama.

Tapi bila besar baru sedar, eh kalau semua orang tu sama jadi apa yang bestnya hidup?
Betul, simpang setiap orang berbeza, walau sign boardnya sama, tafsiran pasti berbeza.

Kamu punya cerita sendiri.
Saya, punya sejarah tersendiri.

Jadinya harus simpan dan hargai cerita hidup sendiri.
Sebabnya, yang lain tidak akan mengerti lakaran hidup kita.

Kecil

In the name of Allah the most Gracious;D
tue.22102013



Waktu kecik-kecik dulu bila cerita gagak dan air dan batu kecil menjadi fenomena, mulalah otak bergerak. Terasa hendak mencuba lihat, sama ada itu hanya rekaan atau realiti.

Hasilnya? Cukup memuaskan.

Bila besar, baru sedar itu cerita realiti yang tersirat.
Batu kecil itu ibarat usaha yang tidak henti, sedikit dan membesar kemudiannya.
Air yang mencurah keluar, umpama hasil yang menapak bila kita berusaha.

Ya, mahu menjadi seperti batu kecil itu. Mungkin tak terlihat tapi yang kecil boleh menjadi besar bila dihitung.

Batu kecil, halus dan sukar terlihat dan tersembunyi. Mungkin itu yang dilihatNya.

Saiz

In the name of Allah the most Gracious;D
mon.21102013

                                                                 

Bila waktu kecik-kecik dulu, selalu dengar orang kata:

" Kalau nak sedekah tu tak kira berapa banyak, asal ikhlas"

Jadinya mula beriang ria dengan statement tu. Mengharap 10 sen yang diberi umpama memberi 10 ringgit.

Tapi bila semakin membesar, terasa dianak -tirikan oleh statement yang tertacap utuh di ingatan. Kini 1 ringgit yang dihulur umpama 10 sen yang diberi.

Hanya mampu tersenyum.

Mungkinkah, ikhlas itu terlihat dari nilai yang diberi atau dinilai dari kemampuan sang pemberi..


Getar

Thu.1992013

In the name of Allah the most Gracious;)




Bila sahabat yang beribu batu jauh mengantar mesej, ayatnya cukup menusuk, merentap, meresap jiwa.

" Kita jumpa di syurga sana ye"

Allah. Sayu terasa. Seperti baru tersedar akhirat itu pasti. Pasti akan ada, negeri abadi yang menunggu ketibaan kita-kita. Cuma tak pasti arah tujunya. Syurga atau neraka.

Sahabat,
moga dipermudahkan langkah di sana. Dipermudah segala urusan.


p/s: Kita kawan sampai syurga ye:)

Paranoid

In the name Of Allah the most Gracious;D
sat.1782013




Zaman kanak-kanak riang dulu, bila naik papan berjongket-jongket ke, main buai yang berayun-ayun ke, kalau tersalah langkah tiba-tiba je dah rasa terdampar atas padang yang tak berapa nak mesra alam.

Lepas tu nanti mata pun mulalah memproses itu ini. Tak semena-mena baju lencun walaupun matahari terik terpacak kat sebelah. Part yang paling tak osem bila tiba-tiba ada geng yang datang cakap; " gembeng ah kau ni, tu pun nak nangis ke".

Mulalah bajet kuat, konon bukan nangis cuma peluh merembes laju. Bila besar, mula paranoid dengan orang nangis. Terus tolak semua cerita sad ending, alergik dengan bawang sampai  tak mau masuk dapur.

Masih termaktub sentimen, menangis itu tak cool.

Tapi; semua tu perlahan hilang bila ada orang kata, mata yang menangis kerana takutkan api neraka itu haram neraka untuk membakarnya.

Terus sentap. Baru sedar, hidup perlu ada pendirian, menangis itu perlu pada waktunya dan menangis itu cool;D

Hilang

In the name of Allah the most Gracious;D
fri.1682013

                                                                   kredit; google


 Bila dunia semakin maju, dunia ni rasa makin sepi. Toleh kanan tengok kiri, penuh manusia keliling.
Aneh, masih lagi sepi. Tak berkuik. Masing-masing menyibuk dengan kotak empat segi kat tangan.

Sorang menyengih.
Sorang mendiam.
Sorang tutup mata, tak sanggup melihat newsfeed yang melambak kat FB.

Heh, dunia baru yang hanya menyambung manusia dalam satu tali yang tak berapa nak nampak, samar-samar. Tapi itu yang gah dipromosi disana sini. Kadang, rindukan zaman dulu-dulu, walaupun teknologi tak secemerlang sekarang tapi sekurangnya manusia disambungkan dengan tali persahabatan. Walaupun kadang komen-komen yang dilontarkan cukup jujur lagi tulus lagi sukar diterima. Tapi itu yang indah.

Tapi nampaknya kita-kita tetap nak mampu nak tolak penangan teknologi ni sebabnya manusia sekarang ni pun duduknya makin jauh-jauh. Apapun agak sukar untuk menjadi anti-teknologi sebabnya sekarang ni apa pun boleh berlaku.

Jadinya, hidup perlu seimbang = sedar antara realiti dan maya.


p/s : Takkanlah orang yang duduk kat negeri A sibuk-sibuk beli tiket bas pergi negeri B semata-mata nak cakap hai kat orang sana ;D



Titisan itu

in the name Of Allah The Most Gracious;D
mon.5112012



Bila dah bergolek-golek dalam bas. Kami-kami ini semuanya kelaparan. Menung sini sana mencari-cari kalau-kalau ada kedai yang boleh ditakluki.

Malangnya pakcik bas buat donno dan mengfokus pada jalan yang satu. Tak berpaling melihat kami-kami yang berkeriut.

Tepat sang matahari memacak kami-kami selamat tiba ke tapak hidup tanpa bantal-dan-elektrik. Perkhemahan yang terakhir untuk kami-kami.

Hidup yang penuh keserabutan sebab lapar diselesaikan dengan makanan terhidang memanjang depan kami.

Campak beg. Menggodek-godek beg. Capai pinggan-cawan. Lari. Cedok makanan dan bersuka ria dengan perut.

Tepat 5 hari pak cik itu memasak untuk kami-kami. Hari terakhir. Dia memegang gagah sang mikrofon.

" Pak Abu tersentuh dengan sikap kamu."

Semua mendiam. Tersengih.

" Tersentuh sebab kamu-kamu ucapkan terima kasih sebab masakkan untuk kamu."

Laju matanya memproses titisan itu. Menghujan di mukanya. Semua mendiam. Tersentuh mendengar. Ada yang turut mengjoinkan dirinya. Mengalirkan sungai di wajah. Menyembam ke bahu kawan.

Saya antara yang terkesan. Melihat dan mendengar kata itu. Tak menyangka sebaris ayat terima kasih itu cukup membuat dia rasa dihargai.

Pak Abu, terima kasih untuk masakan itu. Semuanya mantop dan terhebat;D